Ya. Bagi mahasiswa, kami tidak mengenakan sebarang yuran. Untuk pengetahuan umum, program ini adalah program baru yang cuba kami bawa ke hadapan untuk mahasiswa dan masyarakat umum lebih tahu. Pihak kami memang tak ada sediakan apa-apa untuk mahasiswa. Tapi, jangan risau. Gerai jualan makanan, minuman dan buku akan diadakan di luar DKP 3. Insya-Allah.
2) Peserta awam dapat apa pula?
Peserta awam - insyaAllah, pihak kami menyediakan pakej 3 kali makan, fail, pamplet dan sedikit cenderahati.
3) Ada disediakan modul tak?
Buat sementara ini, jawapannya tidak. Pembentang akan membentangkan kertas kerja mereka dan modul tidak disediakan kerana itu memerlukan kos. Untuk kali pertama ini, kami hanya melakukan apa yang termampu.
4) Bas disediakan tak?
Untuk mahasiswa/wi USIM, bas disediakan! Datang jangan tak datang!
5) Kenapa tak boleh daftar di blog tempoh hari?
Maaf. Tempoh hari ada masalah teknikal sikit. Sudah pun diperbaiki. Alhamdulillah, boleh terus mendaftar di blog.
Andai ada pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera di poster. Terima kasih. Jemput hadir dan daftarkan diri anda ke SIMPOSIUM PERUBATAN DAN AMALAN KHURAFAT DALAM MASYARAKAT ISLAM 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN!

No comments:
Post a Comment