Friday, 13 March 2015
Wednesday, 11 March 2015
TENTATIF PROGRAM SIMPOSIUM PERUBATAN DAN AMALAN KHURAFAT 2015
Sabtu 21/03/2015
8.00 -8.30 pagi : Pendaftaran Peserta
8.30-9.00 pagi : Majlis Perasmian
9.00- 11.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja 1
Tajuk: ‘Perubatan Alopati: Bentuk Dan Cara Rawatannya’
Pembentang: Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim
Hospital Kuala Lumpur
11.00- 11.15 pagi : Minum Pagi
11.15- 1.15 petang : Pembentangan Kertas Kerja 2
Tajuk: ‘Sihir Dan Perundangan Di Malaysia'
Pembentang : Dr. Mahyuddin Ismail
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
1.15- 2.00 petang : Rehat/Solat Zohor/Makan Tengahari
2.00- 4.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja 3
Tajuk: ‘Perubatan Islam: Kaedah Rawatan'
Pembentang: Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
4.00-6.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja 4
Tajuk: ‘Perubatan Islam: Khurafat Dan Ancaman Akidah’
Pembentang: Dr. Hj. Jahid Hj.Sidek
Mantan Prof Madya Universiti Malaya
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah
Penasihat Pusat Perlindungan HIV/AIDS (Astana Budi)
6.00-6.15 petang : Majlis Penutup.
6.30 petang : Minum petang dan bersurai.
Saturday, 7 March 2015
SOALAN DAN JAWAPAN BERKAIT DENGAN PROGRAM SIMPOSIUM
Ya. Bagi mahasiswa, kami tidak mengenakan sebarang yuran. Untuk pengetahuan umum, program ini adalah program baru yang cuba kami bawa ke hadapan untuk mahasiswa dan masyarakat umum lebih tahu. Pihak kami memang tak ada sediakan apa-apa untuk mahasiswa. Tapi, jangan risau. Gerai jualan makanan, minuman dan buku akan diadakan di luar DKP 3. Insya-Allah.
2) Peserta awam dapat apa pula?
Peserta awam - insyaAllah, pihak kami menyediakan pakej 3 kali makan, fail, pamplet dan sedikit cenderahati.
3) Ada disediakan modul tak?
Buat sementara ini, jawapannya tidak. Pembentang akan membentangkan kertas kerja mereka dan modul tidak disediakan kerana itu memerlukan kos. Untuk kali pertama ini, kami hanya melakukan apa yang termampu.
4) Bas disediakan tak?
Untuk mahasiswa/wi USIM, bas disediakan! Datang jangan tak datang!
5) Kenapa tak boleh daftar di blog tempoh hari?
Maaf. Tempoh hari ada masalah teknikal sikit. Sudah pun diperbaiki. Alhamdulillah, boleh terus mendaftar di blog.
Andai ada pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera di poster. Terima kasih. Jemput hadir dan daftarkan diri anda ke SIMPOSIUM PERUBATAN DAN AMALAN KHURAFAT DALAM MASYARAKAT ISLAM 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN!
Sunday, 1 March 2015
Friday, 27 February 2015
PENGENALAN
Program ini mensasar kehadiran daripada masyarakat umum, para pelajar, para pensyarah dan golongan profesional. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada golongan-golongan tersebut terhadap kekeliruan yang dihadapi oleh masyarakat Islam berhubung dengan akidah yang dianuti.
FKP menerusi Program Pengajian Akidah dan Agama berjuang untuk menanamkan nilai-nilai murni dan kebenaran akidah Islam sebagai asas pengurusan akidah yang kukuh dan jitu.
Simposium Perubatan Dan Amalan Khurafat Dalam Islam 2015 dirangka bagi mendedahkan para mahasiswa tentang pemahaman ilmu perubatan dan hubungan dengan akidah Ahlu Sunnah waljamaah yang sebenar. Di samping itu, seminar ini juga menghimpunkan para mahasiswa, para pensyarah dan masyarakat umum bagi tujuan akademik yang lebih mantap.
Secara ringkas program ini diadakan dengan harapan agar dapat mencapai beberapa objektif berikut:
3.1 Mengetahui bentuk dan cara perubatan konvensional/alopati dan perubatan Islam.
3.2 Mengetahui hubungan perubatan konvensional/alopati dan perubatan Islam dalam rawatan.
3.3 Memahami permasalahan yang terdapat dalam perubatan.
3.4 Mendapat penjelasan mengenai punca permasalahan dalam rawatan.
3.5 Menghayati akidah Islam yang sebenar dalam kaedah perubatan yang dilakukan.
Subscribe to:
Comments (Atom)





