Program ini mensasar kehadiran daripada masyarakat umum, para pelajar, para pensyarah dan golongan profesional. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada golongan-golongan tersebut terhadap kekeliruan yang dihadapi oleh masyarakat Islam berhubung dengan akidah yang dianuti.
FKP menerusi Program Pengajian Akidah dan Agama berjuang untuk menanamkan nilai-nilai murni dan kebenaran akidah Islam sebagai asas pengurusan akidah yang kukuh dan jitu.
Simposium Perubatan Dan Amalan Khurafat Dalam Islam 2015 dirangka bagi mendedahkan para mahasiswa tentang pemahaman ilmu perubatan dan hubungan dengan akidah Ahlu Sunnah waljamaah yang sebenar. Di samping itu, seminar ini juga menghimpunkan para mahasiswa, para pensyarah dan masyarakat umum bagi tujuan akademik yang lebih mantap.
Secara ringkas program ini diadakan dengan harapan agar dapat mencapai beberapa objektif berikut:
3.1 Mengetahui bentuk dan cara perubatan konvensional/alopati dan perubatan Islam.
3.2 Mengetahui hubungan perubatan konvensional/alopati dan perubatan Islam dalam rawatan.
3.3 Memahami permasalahan yang terdapat dalam perubatan.
3.4 Mendapat penjelasan mengenai punca permasalahan dalam rawatan.
3.5 Menghayati akidah Islam yang sebenar dalam kaedah perubatan yang dilakukan.